Syurga Isteri di Telapak Kaki Suami
Kawan yg ini pula selalu membawa isterinya bersama apabila kursus. Suatu hari, tanpa angin atau ribut dia berkata, ”Ni yg saya suka bawa bini bersama ni. Dia layan kita macam raja.” Sememangnya pun, setiap kali dia cuma duduk. Si isteri sibuk melayan, mengambil makanan dan minuman. Berulang-alik mengambil untuk dua orang.
”Jangan amalkan,” jawab saya spontan. ”Nanti dia mati, awak susah.” Maksud saya, ditakdiran isteri mati dulu, sementara mendapat pengganti takkan nak makan nasi kedai. Anak2 bolehlah bertahan sebulan dua. Kalau jodoh seterusnya liat?
”Eh, dah memang kewajipan isteri, melayan suami.” Senyum kemenangan.
”No, no, no. Awak silap...” kata saya. “Awak dan dia ibarat pakaian, pelengkap antara satu sama lain.” 2:187
”Eh, banyak hadis cakap, isteri paling senang masuk syurga hanya dgn melayan suami. Kita kena ikut hadis.”
”Layan macam mana? Isteri juga penat. Cari duit lagi bantu suami.”
”Dia kena redha.”
”Redha dalam keterpaksaan? Kadang2 saya tak salahkan lelaki juga. Terlampau sayangkan suami hingga ada yg sanggup pikul tanggungjawab suami.”
”Isteri taat tempatnya disyurga. Ingat, syurga isteri di telapak kaki suami.” isteri pula menyampuk.
”Sapa kata?” saya mula sinis.
”Banyak kitab yg cakap. Hadis, sunnah. Kita kena ikut...”
42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu2 yg mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yg dgnnya Allah tidak mengizinkan?
”Kalau dah suami masuk neraka, isteri nak bergayut...” (saya dah dapat bayangkan seorang perempuan yg bergayut -- kerana nak masuk syurga -- di kaki suami yg dicampak ke neraka.)
”Jadi awak tak percaya ikut hadis dan sunnahla?”
”Bukan hadis macam ni, sorry, bro.”
”Tau tak, tak percaya dgn hadis, kesilapan besar? Berdosa!”
Kesilapan? Saya hampir tersedak menahan lucu.
”Tau. Tapi hadis yg adil dan logik...”
”Adillah tu kalau wanita dibuat dari tulang rusuk lelaki, dia mesti ikut cakap lelaki.”
”Kitab mana pulak yg cakap tentang tulang rusuk tu?”
”Alim ulama, ustaz.”
”Dalil?”
”Jangan persoal ketetapan Tuhan.”
”Now you are saying mereka itu tuhan? Kalau tak ada dalam Quran jangan percaya.”
4:87. Dan siapakah yg lebih benar hadisnya drp Allah?
7:185. Maka dgn hadis apakah yg mereka, sesudah ini, akan mempercayai?
”Masya-Allah...” mereka merenungku tajam sambil menggeleng-geleng kepala.
Sebelum peserta2 yg duduk semeja dgn kami terus jadi bisu, biarlah saya beredar.
”Excusez-moi.”
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment